Friday, February 10, 2012

Nur Kasih

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا 
[الفرقان :74]



Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…

Wednesday, February 8, 2012

Jom Dhuha


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

iBusiness

Sem terakhir di bumi UIA Kuantan. 3 subjek untuk dihabiskan. Semester kali ini beri lebih ruang dan peluang untuk fokus dalam perniagaan aku. Alhamdulillah rezeki dari Allah sentiasa ada. Bulan Mac dan April semestinya padat menyiapkan tempahan pelanggan untuk baju, jersey dan banner. Semoga Allah permudahkan.

Friday, February 3, 2012

Baucer Buku 1 Malaysia


Alhamdulillah mahasiswa Malaysia diberi baucer buku 1 Malaysia. Boleh la buat shopping. Shopping apa? Nama dia pun baucar buku, shopping buka la. Baru-baru ni ada la pulak yang kecoh pi jual baucar tu kat kedai/individu tertentu. Sebab? Nak cash. Dalam hal ini, tak boleh nak terus hukum mereka yang buat begini. Mungkin ada segelintir antara mereka yang benar-benar memerlukan wang. Mungkin mereka ini dari keluarga miskin. Aku pun pelajar universiti juga. Duduk U pun banyak juga belanja. Yuran pengajian dan kolej dah beribu. Tak termasuk makan minum, SAMAN SECURITY, dan lain-lain. Kena pulak saing-saing aku yang duduk kolej luar, nak tanggung minyak motor kereta lagi. Lepas ni boleh la kerajaan bagi Baucar Yuran 1 Malaysia pula.

Apa-apa pun bersyukurlah kepada Allah swt di atas pemberian ini. Terima kasih la kerajaan. Takde la sia-sia sangat parents aku bayar cukai beribu.

Thursday, February 2, 2012

Selamat Bertunang


Tahniah buat si dia. Selamat Bertunang. Akan ku doakan kebahagian mu...