Tuesday, October 30, 2012

Dunia Pekerjaan

Maka dan apabila seseorang itu menamatkan musim pengajian di Universiti, bertebaranlah mereka di atas bumi ALLAH mencari pekerjaan demi survival kehidupan. Tradisi ini menjadi kebiasaan kepada graduan di Malaysia.

Aku juga dalam dilema, walau mendapat tawaran kerja yang lebih baik, besar gajinya (bulan-bulan boleh bayar honda civic), jaminan cerah "masa depan", namun ikatan hati dengan tugas sekarang sebagai "Esekutif Kewangan" dengan gaji yang kecil di sebuah organisasi kecil cukup kuat. Walau organisasinya kecil, namun sumbangannya dalam pembentukan Negara, Masyarakat dan Keluarga Islam cukup besar. Ramai pemimpin, agamawan, ilmuan, pendidik dan pendakwah lahir dari wadah ini.

Maka aku punya pilihan sama ada untuk terus kekal atau berhijrah menikmati kehidupan yang lebih mewah. Lantas teringat aku pada satu pesanan teman, "Gaji biar kecil asalkan halal dan berkat". Lalu kata-kata ini menjadi titik nokhta setakat hari ini untuk terus kekal berbakti. Semoga ALLAH permudahkan segala urusanku dan semua kaum muslimin.

*Nak kawin ni lagi la banyak duit nak guna* (Maka percaya pada rezeki ALLAH) InshaAllah

Konvokesyen








Alhamdulillah...bila blog diserang susah mahu diubati. Selesai diubati. Nak bagitau orang, aku dah konvo. Walaupun dah sebulan yang lepas... Tahniah kepada semua yang dah berkonvo. Masa untuk berbakti.