Thursday, December 19, 2013

FB: Penat Jadi Orang KL

Terasa cukup penat menjadi "orang KL". Dengan persekitaran yang tidak selesa dan penuh sesak. Ditambah dengan ragam manusia yang terkadang hanya mementing diri. Rasanya sudah tiba masa melaksanakan semula cita-cita yang tertangguh 2 tahun yang lepas kerana tuntutan yang terasa semakin sukar untuk digalas. Mahu kehidupan yang lebih baik. Barangkali 2014 sebagai pemula.

*penat memenuhi kehendak orang lain sehingga mengabai keperluan sendiri*

Mula Bicara


InshaAllah akan menghidupkan semua Blog yang sudah lama sepi ini.



Tuesday, June 11, 2013

Syukur, Gembira dan Sedih

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat kehidupan rumah tangga. Semalam pertama kali mendengar suara cinta hatiku yang menenangkan jiwa. Suara gembiranya membuatkan rasa gusar dan risau hilang kerana loya dan muntahnya yang kadang-kadangnya terlalu teruk sehingga mendukacitakan hati ini. Dan semalam juga dia bertemu doktor untuk membuat scanning dan gembira dia menceritakan kepada aku yang dia melihat degupan jantung dan pergerakan anak kami di dalam kandungan. SubhanAllah maha suci bagi mu Ya Allah yang menciptakan kejadian manusia. Alhamdulillah kerana baby dalam keadaan sihat dan isteriku menceritakan bahawa anak kami sangat aktif. Aku terkilan kerana tidak dapat berada di sisi isteriku. Semoga Allah mengurniakan anak yang soleh dan solehah dan mempermudahkan urusan isteriku tercinta.

Tuesday, February 19, 2013

SEMINAR POLITIK & PILIHAN RAYA

Menghadiri Seminar Politik dan Pilihan Raya menjelang PRU Ke 13 anjuran UMCEDEL. Sesi taklimat diberikan oleh Prof Dato Redzuan Othman, Dekan Fakulti Satera dan Sains Sosial UM.

Monday, February 18, 2013

Turki

Post pertama tahun 2013. Turki, saksi sejarah hebat kegemilangan Islam di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh. Sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik pengikut. Itu sabda Nabi.