Friday, February 10, 2012

Nur Kasih

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا 
[الفرقان :74]



Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…

Wednesday, February 8, 2012

Jom Dhuha


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

iBusiness

Sem terakhir di bumi UIA Kuantan. 3 subjek untuk dihabiskan. Semester kali ini beri lebih ruang dan peluang untuk fokus dalam perniagaan aku. Alhamdulillah rezeki dari Allah sentiasa ada. Bulan Mac dan April semestinya padat menyiapkan tempahan pelanggan untuk baju, jersey dan banner. Semoga Allah permudahkan.

Friday, February 3, 2012

Baucer Buku 1 Malaysia


Alhamdulillah mahasiswa Malaysia diberi baucer buku 1 Malaysia. Boleh la buat shopping. Shopping apa? Nama dia pun baucar buku, shopping buka la. Baru-baru ni ada la pulak yang kecoh pi jual baucar tu kat kedai/individu tertentu. Sebab? Nak cash. Dalam hal ini, tak boleh nak terus hukum mereka yang buat begini. Mungkin ada segelintir antara mereka yang benar-benar memerlukan wang. Mungkin mereka ini dari keluarga miskin. Aku pun pelajar universiti juga. Duduk U pun banyak juga belanja. Yuran pengajian dan kolej dah beribu. Tak termasuk makan minum, SAMAN SECURITY, dan lain-lain. Kena pulak saing-saing aku yang duduk kolej luar, nak tanggung minyak motor kereta lagi. Lepas ni boleh la kerajaan bagi Baucar Yuran 1 Malaysia pula.

Apa-apa pun bersyukurlah kepada Allah swt di atas pemberian ini. Terima kasih la kerajaan. Takde la sia-sia sangat parents aku bayar cukai beribu.

Thursday, February 2, 2012

Selamat Bertunang


Tahniah buat si dia. Selamat Bertunang. Akan ku doakan kebahagian mu...

Tuesday, December 27, 2011

FnR Review: Burger King - WHOPPER

Ok, BK baru buka di Teluk Chempedak Kuantan. So, this afternoon me and my two "little AB" went to BK. Since my pocket is DRYINGGGG, so AJ la belanja.

BK Whopper! Aku ingatkan kecik...tapi, ni ha! Just look at this picture...


Taste: 3/5
Price: 2.5/5


Monday, December 26, 2011

FnR Review: Ubi Kayu Rebus + Sambal

Ini bukan review untuk restoran...tapi special for ubi kayu rebus + sambal bilis. Sedap? Memang sedap la...tapi aku lebih banyak makan dengan kelapa berbanding sambal... Just for sharing only...Need to try it during my holiday...



FnR Review: Ayam & Keli Pedas Bibir

Aku rasa nak share restoran dan masakan yang aku pernah pergi kat area bandar Kuantan ni. Kalau ikutkan, banyak dah tempat aku jelajah, tapi hari ni baru terasa mahu berkongsi.

So untuk hari ni aku nak share satu kedai yang ada resipi sangat unik. Dah tiga kali aku makan dekat sini. Istimewa kedai ni adalah masakan PEDAS BIBIR dia. Setakat ni aku pernah cuba ayam dan keli dia. Memamng terbaik. Harga? Sangat berpatutan. RM 4.50.


Tapi kenapa dipanggil Pedas Bibir? Haaa...ini dia kasi taruk itu cili padi banyak ooo... Banyak mana? agak-agak dalam senggenggam ada la kot. Dia tumis dengan serai, bawang putih dan belacan. Bila sampai je atas meja, ada je orang terbatuk dan bersin. Maklumlah, belacan punya pasal.

Ayam vs Keli? Aku vote for keli...Terbaikkk... Sesiapa nak cuba, boleh ke cenderawasih. Aku tak ingat nama kedai dia, tapi betul-betul sebelah kedai nasi lemak cenderawasih yang popular tu.. Selamat mencuba.

Keli Pedas Bibir: 5/5
Ayam Pedas Bibir: 4/5
Food presentation: 3.5/5
Price: 4/5

Tuesday, November 8, 2011

Saat Dua Hati Berjanji

Untuk Teman-Teman Yang Akan Mendirikan Rumah Tangga



Saat dua hati berjanji
Tuk arungi hidup di jalan-Nya
Allah kan berkahi mereka
Kala dalam doa kala dalam asa

Menjadilah mentari bening pagi
Terangi bumi terangi hati
Menjadilah keheningan malam
Kala berjuta insan larut dalam doa

Selamat datang kawan
Di duniamu yang baru
Kudoakan semoga bahagia

When two people get marry
To take the life together on the way
Allah shall give them one more bless
When life in love and try
When life in love and pray

Just be the sunshine in the morning day
Give it shine to the world let everyone to see
Just be the quiteness in the night
When many people cry when many people pray

Welcome to the new world my friends
You both have to face all in love
All I could do just pray
And I do I pray

Saturday, October 29, 2011

橘子和柠檬

柠檬和橙... ...看上去相似但不相同... ...感觉没有什么不同。

Wednesday, August 17, 2011

Tabung Kemanusiaan Somalia

Sebak juga hati melihat kebuluran yang menimpa saudara kita di Somalia. Maka tika ini mereka diuji Allah dan hakikatnya, kita juga sedang diuji Allah. Apa yang kita rasa bila tengok anak-anak kecil yang kurusnya sehingga nampak tulang, dengan ada yang berpenyakit, tak cukup dengan itu ada yang terpaksa mengikat perut dek kelaparan. Bohong aku katakan jika setitis air mata pun gugur.


Bila aku muhasabah diri, Ya Allah, beruntungnya hidup aku di Malaysia. Semiskin-miskin rakyat Malaysia pun belum ada yang mati kebuluran. Di manakah jutawan-jutawan Islam yang mampu beli kereta sehingga berjuta-juta nilainya? Huh! Resah jiwa melihat mereka terpaksa berhadapan kebuluran yang begitu buruk. Jom kita bantu walaupun tidak dapat bagi beribu, tetapi sedikit sumbangan ikhlas sudah memadai. Tak dapat bagi duit, bantulah dengan mengumpulkan dari pihak lain. Semoga kerja kita yang sedikit ini dapat redha Allah swt...ameen

Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek yang boleh dimasukkan ke dalam akaun Global Peace Mission di nombor akaun: 14-023-01-002922-4 (Bank Islam Malaysia Berhad) atau nombor akaun: 5642-2161-1602 (Maybank Berhad).
Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Sekretariat GPM di talian 03-61883230.