Tuesday, June 11, 2013

Syukur, Gembira dan Sedih

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat kehidupan rumah tangga. Semalam pertama kali mendengar suara cinta hatiku yang menenangkan jiwa. Suara gembiranya membuatkan rasa gusar dan risau hilang kerana loya dan muntahnya yang kadang-kadangnya terlalu teruk sehingga mendukacitakan hati ini. Dan semalam juga dia bertemu doktor untuk membuat scanning dan gembira dia menceritakan kepada aku yang dia melihat degupan jantung dan pergerakan anak kami di dalam kandungan. SubhanAllah maha suci bagi mu Ya Allah yang menciptakan kejadian manusia. Alhamdulillah kerana baby dalam keadaan sihat dan isteriku menceritakan bahawa anak kami sangat aktif. Aku terkilan kerana tidak dapat berada di sisi isteriku. Semoga Allah mengurniakan anak yang soleh dan solehah dan mempermudahkan urusan isteriku tercinta.