Tuesday, December 27, 2011

FnR Review: Burger King - WHOPPER

Ok, BK baru buka di Teluk Chempedak Kuantan. So, this afternoon me and my two "little AB" went to BK. Since my pocket is DRYINGGGG, so AJ la belanja.

BK Whopper! Aku ingatkan kecik...tapi, ni ha! Just look at this picture...


Taste: 3/5
Price: 2.5/5


Monday, December 26, 2011

FnR Review: Ubi Kayu Rebus + Sambal

Ini bukan review untuk restoran...tapi special for ubi kayu rebus + sambal bilis. Sedap? Memang sedap la...tapi aku lebih banyak makan dengan kelapa berbanding sambal... Just for sharing only...Need to try it during my holiday...



FnR Review: Ayam & Keli Pedas Bibir

Aku rasa nak share restoran dan masakan yang aku pernah pergi kat area bandar Kuantan ni. Kalau ikutkan, banyak dah tempat aku jelajah, tapi hari ni baru terasa mahu berkongsi.

So untuk hari ni aku nak share satu kedai yang ada resipi sangat unik. Dah tiga kali aku makan dekat sini. Istimewa kedai ni adalah masakan PEDAS BIBIR dia. Setakat ni aku pernah cuba ayam dan keli dia. Memamng terbaik. Harga? Sangat berpatutan. RM 4.50.


Tapi kenapa dipanggil Pedas Bibir? Haaa...ini dia kasi taruk itu cili padi banyak ooo... Banyak mana? agak-agak dalam senggenggam ada la kot. Dia tumis dengan serai, bawang putih dan belacan. Bila sampai je atas meja, ada je orang terbatuk dan bersin. Maklumlah, belacan punya pasal.

Ayam vs Keli? Aku vote for keli...Terbaikkk... Sesiapa nak cuba, boleh ke cenderawasih. Aku tak ingat nama kedai dia, tapi betul-betul sebelah kedai nasi lemak cenderawasih yang popular tu.. Selamat mencuba.

Keli Pedas Bibir: 5/5
Ayam Pedas Bibir: 4/5
Food presentation: 3.5/5
Price: 4/5

Wednesday, November 23, 2011

Lagi dan Lagi

Haaa....apa entah dah jadi dengan aku pagi tadi. Ke kepala dah terlalu serabut? Exam, Bisnes, Program....bilik pun bersepah tak terkemas...baju dah penuh baldi tak basuh...buku bersepah....bawa kereta pun dah macam orang laloq...Alhamdulillah masih sempat tahajjud...tenang sikit jiwa. Kenapa bila ada masalah baru cari Allah? Bila senang? Bila riang? Kecewa, kecewa dan terus kecewa. Pagi-pagi dah hantar message entah apa-apa entah. Bila dah hantar, rasa menyesal? Tak guna menyesal. Tak berniat nak lari. Tak berniat nak pergi. Tak berniat nak menjauhi. Hanya mahu diberi ruang dan masa untuk diri. Mencari kelemahan dan kekurangan untuk diperbaiki. Kalau tinggal tak beerti benci tetapi tidak mahu sengsara lagi......wahai hati, tenanglah....

Thursday, November 10, 2011

Sejarah Aku Tak Suka Belajar - 1

Bila bercerita tentang sejarah, maka ada kisah pahit dan manisnya. Hari ni sekadar mahu berkongsi sejarah dalam kehidupan aku yang membawa kepada sikap aku yang "malas" belajar sehingga sekarang. Jika dilihat dalam latar belakang ahli keluarga dan adik-beradikku, semuanya dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di sekolah mahupun di universiti. Alhamdulillah, semua adik-adik aku berada dalam kelas pertama dan dapat antara yang terbaik. Akak aku pun dapat cgpa yang tinggi sampai dia bayar mara tak sampai seribu. Munir pun macam tu. Sentiasa atas 3.0. Aku?

Dulu aku bukanlah orang yang tak suka pada pembelajaran formal ini. Ikut rekod, dari darjah tadika sehingga darjah satu, aku akan berada di dalam kelas pertama dan akan mendapat top 10 bagi keseluruhan darjah. Tapi, semua tu berubah masa aku darjah 3. Masa tu, aku rasa hidup aku sepanjang masa bermain, tiada guru dalam kelas, sangat-sangat lama. Anda bayangkan jika selama 3 bulan guru tak masuk mengajar, apa yang anda boleh dapat? Mungkin juga ketika itu aku masih kanak-kanak dan tidak benar memahami pembelajaran sebenar. Aku tidaklah menyalahkan guru kerana tidak masuk ke kelas. Tetapi pihak pengurusan harus ada gantian guru dan sebagainya. Bermula dari situ, kecemerlangan akademik aku merundum jatuh dari kelas pertama terus ke kelas ketiga. Malu? Memang aku agak malu. Tapi apakan daya, exam semua tak dapat jawab.

Dua tahun di dalam darjah 4 & 5 di kelas tercorot, aku tekad untuk berada di dalam kelas pertama untuk darjah enam. Alhamdulillah, dapat juga aku dapat memasuki semula kelas pertama ketika darjah 6. Tapi fokus aku terhadap akademik semakin teruk, walaupun boleh dikatakan, aku kerap kali mendapat anugerah pelajar cemerlang dan pelajar contoh di sekolah. Benci pada ilmu? Tidak sama sekali. Alhamdulillah aku tiada masalah dengan mata pelajaran agama di sekolah agama. Pengalaman 4 tahun aku berada di sekolah ABIM begitu bermakna. Rupanya, silibus pendidikan ABIM ini adalah antara yang terbaik. Bila aku tukar sekolah agama tahun 5 (reformasi ketika itu), aku rasa sekolah yang baru aku masuk itu sangat rendah nilai-nilai ilmunya. Sama sahaja seperti sekolah biasa, yang seperti semata berteraskan, cikgu ajar, murid ikut, kemudian exam. Di sekolah ABIM, aku dididik dengan benar nilai keilmuan yang tinggi. Kalau kat tempat lain, soalan-soalan exam akan kerap kali diberi agar pelajar dapat jawab exam. Tetapi di sini, tiada. Aku benar-benar terasa dididik dengan ilmu dan peperiksaan itu ibarat picisan kerana yang penting, ilmu agama yang aku pelajari sehingga sekarang dapat aku amalkan.

Habis UPSR & SSRA, aku dapat peluang memasuki SMA *Tak brp nak ingat dan SMK Tinggi Melaka. Ketika itu, borang SMA sampai terlalu lambat dan aku akhirnya memilih berada di SMKTM. Sekolah apakah ini? Inilah sekolah harian yang diidamkan oleh ramai pelajar lelaki di melaka. Kenapa? Itu boleh google kat internet. Setiap tingkatan, purata mereka mempunyai 7 buah kelas. Setelah saringan nama, aku diletakkan dalam kelas kedua. Kelas pertama memang jauh sekali. Sekolah ini campur bangsa. Jadi ada cina, india, melayu. Masalah? Bagi aku tidak. Aku bukan racist. Aku boleh sahaja berkawan dengan mereka.

Ok la, aku akan sambung yang lain pada siri yang ke-2.....

Tuesday, November 8, 2011

Saat Dua Hati Berjanji

Untuk Teman-Teman Yang Akan Mendirikan Rumah Tangga



Saat dua hati berjanji
Tuk arungi hidup di jalan-Nya
Allah kan berkahi mereka
Kala dalam doa kala dalam asa

Menjadilah mentari bening pagi
Terangi bumi terangi hati
Menjadilah keheningan malam
Kala berjuta insan larut dalam doa

Selamat datang kawan
Di duniamu yang baru
Kudoakan semoga bahagia

When two people get marry
To take the life together on the way
Allah shall give them one more bless
When life in love and try
When life in love and pray

Just be the sunshine in the morning day
Give it shine to the world let everyone to see
Just be the quiteness in the night
When many people cry when many people pray

Welcome to the new world my friends
You both have to face all in love
All I could do just pray
And I do I pray

Monday, November 7, 2011

Jatuh Hati Lagi...

Sudah jatuh hati dengan Samsung Galaxy W. Rindu dengan QWERTY. Nampaknya, dia calon paling sesuai menggantikan BlackNokia aku yang sudah tidak dapat berfungsi dengan cemerlang. Dah patut duduk dalam balang je. Tapi nak beli benda macam ni buat aku fikir banyak kali la...harga sah2 1k...ditambah pula dengan bayar itu ini dan macam-macam lagi. Minta sebagai hantaran? Oh tidak sama sekali. Untuk hantaran, aku kena minta iPhone 5s la...baru advance. Lepas tu check tu letak dalam iPad. haha....Tiba-tiba idea datang. Kot-kot nak jimat masa, tenaga dan ruang, ok juga kalau semua hantaran kita bagi dalam soft copy je. Letak je semua dalam iPad...lepas tu suruh bapak pengantin slide je...hehe...Tengok hujung tahun ni. Kalau ada rezeki, aku angkut jela Galaxy W ni...spec dia lagi bagus dari Galaxy S....


Wednesday, November 2, 2011

cari Allah

Perlukan ketenangan, cari Allah, Perlukan bantuan, cari Allah, Mahu mengadu, cari Allah, tapi berapa kerap sering aku cari Allah? Ya Allah, didik dan pimpinlah hati ini agar terus mekar kerana mengingati Mu....

8.30-5.00

Alhamdulillah, pagi ini masih diberi ruang untuk bersyukur dan bermunajat kepada yang Esa. Sesungguhnya Dia jugalah yang menggerakkan hati-hati ini, masyaAllah hebat kekuasaan Dia.

Hari ni macam biasa, kelas dari 8.30 sampai 5.00 petang. Sejujurnya aku memang tak suka kelas macam ni. Sangat penat. Cuma sempat rehat untuk solat zuhur & makan tengah hari je. Lepas tu balik bilik confirm pening kepala.

Bisnes? Ok, hari ni kena settlekan order 200 helai jersey. Ragam customer tu biasala...macam-macam...semoga urusan hari ini dipermudahkan. Amin...

Sunday, October 30, 2011

Kursus Kahwin

Letih juga dua hari duduk dalam Lecture Hall untuk mengikuti kursus perkahwinan...maklumlah manusia, mengantuk, lama dan banyak hajat-hajat yang lain. So, lepas ni aku dah boleh kawin daa....Pada sesiapa yang rasa-rasa nak Isi Borang, boleh la berbuat demikian dan hantar ke email aku...lepas tu datang interview...hehe...

Saturday, October 29, 2011

橘子和柠檬

柠檬和... ...看上去相似但不相同... ...感觉没有什么不同

Thursday, October 27, 2011

SEVGI QEYD

Hari ni aku exam Decision Science. Apa itu DS? Kalau nak citer bahasa pasar, DS ni kira macam teknik-teknik nak buat Decision. Macam tu la lebih kurang. Kalau nak paham lagi, hangpe pi tanya Sheikh Google, dia banyak jawapan. Tapi angin sikit la hari ni dengan exam DS ni. Malas pulak nak citer panjang...haaaaaa......

Habis exam kepala dah serabut. Tak ingat ada appointment dengan orang jam 1.30pm sampai la teman tu kol...hah...amik ko. Muda lagi kot nak lupe ni. Bak kata si BULAT, aigooo....haha....

Macam biasa, rezeki Allah ada di mana-mana, dapat dua customer hari ni. Alhamdulillah...dapat kumpul duit nak kawin...agak-agak kalau aku tulis dalam blog ni, "awak, saya buat semua ini untuk kita, untuk awak, untuk keluarga kita, untuk semua", agak-agak dia terasa tak? haha...apa la aku ni...macam nak buat kontroversi pulak....ni la bahana tido petang sebab dah letih sangat...tak mampu nak tahan mata dari terlelap....apa-apa pun statement tadi tak ada kena mengena dengan sesiapa. Saje je praktis nak buat skrip movie "SEVGI QEYD 3". Nak tahu apa maksud dia? haha...kame copy, paste dalam pak Sheikh Google...bahagian translate dia...tu bahasa turki kot kalau tak silap...

Dah2 la tu muiz wei ko mencoret entah apa2...EAW tak buat apa lagi pun....haaaaaaaaa.....semputtttttt.....Faiza Azamta Fatawakkal 'alallah....Semoga menjadi seorang yang tenang...."awak, saya tunggu awak sampai di pintu syurga" **p/s: ni pun skrip ye...hehe