Monday, December 26, 2011

FnR Review: Ayam & Keli Pedas Bibir

Aku rasa nak share restoran dan masakan yang aku pernah pergi kat area bandar Kuantan ni. Kalau ikutkan, banyak dah tempat aku jelajah, tapi hari ni baru terasa mahu berkongsi.

So untuk hari ni aku nak share satu kedai yang ada resipi sangat unik. Dah tiga kali aku makan dekat sini. Istimewa kedai ni adalah masakan PEDAS BIBIR dia. Setakat ni aku pernah cuba ayam dan keli dia. Memamng terbaik. Harga? Sangat berpatutan. RM 4.50.


Tapi kenapa dipanggil Pedas Bibir? Haaa...ini dia kasi taruk itu cili padi banyak ooo... Banyak mana? agak-agak dalam senggenggam ada la kot. Dia tumis dengan serai, bawang putih dan belacan. Bila sampai je atas meja, ada je orang terbatuk dan bersin. Maklumlah, belacan punya pasal.

Ayam vs Keli? Aku vote for keli...Terbaikkk... Sesiapa nak cuba, boleh ke cenderawasih. Aku tak ingat nama kedai dia, tapi betul-betul sebelah kedai nasi lemak cenderawasih yang popular tu.. Selamat mencuba.

Keli Pedas Bibir: 5/5
Ayam Pedas Bibir: 4/5
Food presentation: 3.5/5
Price: 4/5

0 comments: