Friday, February 3, 2012

Baucer Buku 1 Malaysia


Alhamdulillah mahasiswa Malaysia diberi baucer buku 1 Malaysia. Boleh la buat shopping. Shopping apa? Nama dia pun baucar buku, shopping buka la. Baru-baru ni ada la pulak yang kecoh pi jual baucar tu kat kedai/individu tertentu. Sebab? Nak cash. Dalam hal ini, tak boleh nak terus hukum mereka yang buat begini. Mungkin ada segelintir antara mereka yang benar-benar memerlukan wang. Mungkin mereka ini dari keluarga miskin. Aku pun pelajar universiti juga. Duduk U pun banyak juga belanja. Yuran pengajian dan kolej dah beribu. Tak termasuk makan minum, SAMAN SECURITY, dan lain-lain. Kena pulak saing-saing aku yang duduk kolej luar, nak tanggung minyak motor kereta lagi. Lepas ni boleh la kerajaan bagi Baucar Yuran 1 Malaysia pula.

Apa-apa pun bersyukurlah kepada Allah swt di atas pemberian ini. Terima kasih la kerajaan. Takde la sia-sia sangat parents aku bayar cukai beribu.

No comments: